Buku Soal Jawab Ilmu Tauhid

hdsjit2

Dari : Ustaz Hayat “Pusat Rawatan Islam KISWAH”

Tarikh:

Pesanan Khas Buat Para Pencinta Ilmu

 

sjit

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam yang memberikan ku kekuatan  untuk mempersembahkan kitab ‘Pati Faridatul Faraid’ ke dalam bentuk dan gaya bahasa yang serba baru.
Selawat dan salamku kirimkan kepada Baginda Rasulullah yang menjadi sumber inspirasi utama dalam menegak kebenaran yang semakin dinodai dewasa ini.
Pati Faridatul Faraid’ merupakan sebuah nukilan ‘talkhis’  atau  ringkasan  daripada  kitab Tauhid Melayu yang amat penting dalam survival akidah masyarakat Melayu sejak sekalian lama; “Faridatul Faraid”,Sheikh Ahmad al-Fathani.
Kitab tulisan Tuan Guru Nik Abdullah al Jambawi ini merupakan mutiara berharga dalam perkembangan ilmuTauhid di dalam dunia Melayu.
Kemudian, dengan sedikit usaha yang diberi kekuatan dari Allah ini maka daku dengan menyedari segala kelemahan dirinya berusaha menyusun kembali isi-isi kitab ini dalam bentuk soal jawab agar dapat memudahkan lagi pemahaman pembaca.
Gaya bahasa lama telahku rombak ke dalam bahasa Melayu yang moden agar dapat memaksimumkan lagi kefahaman pembaca semua.

 

Sudah menjadi satu perkara yang lazim di kalangan masyarakat Melayu, apabila membahaskan berkenaan ilmu Tauhid al Asyai’rah wal Maturidah sudah terpahat di hati mereka bahawa ilmu Tauhid adalah pelajaran yang susah dan sulit. Sedangkan pelajaran Tauhid adalah mudah dan menyeronokkan lebih-lebih lagi apabila silibus pelajaran ini disusun dengan gaya yang mudah difahami.
Daku berharap agar usaha kerdil ini dapat mengeluarkan minda para muslimin di negara kita dari kepompong yang mengatakan bahawa pelajaran Tauhid ini adalah sukar difahami dan membosankan.
Diharap juga usaha yang tidak seberapa ini dapat menjadi sumbangan berharga buat masyarakat Melayu yang berakidah Ahli Sunnah wal Jamaah sekalian lama dalam memahami  aliran  akidah  mereka  yang  sahih lantas mempertahankan kesucian dan kemurnian akidah umat Islam khasnya di Malaysia yang semakin dicemari.
Moga-moga penulisan dengan pendekatan bahasa yang serba moden ini dapat memberi kefahaman dan  kepuasan  yang  maksima  kepada  pembaca  dalam ilmuTauhid.Dalam masa yang sama semangat dan roh asal ‘PatiFaridatulFaraid’ masih dikekalkan seumpama yang diinginkan pengarang asal.

 

Isi Kandungan Buku

BAB 1:    Ahlus Sunnah Wal Jamaah: Al Asyai’rah Wal Maturidiah

BAB 2:    Ulamak Al Asyairah Wal Maturidiah

BAB 3:    Pelajaran Tauhid Di Alam Melayu

BAB 4:    MuqaddimahPelajaran Tauhid: Islam, Iman, Ihsan

BAB 5:    Hukum Akal Dan Persoalan Taqlid

BAB 6:    Mengenal Allah Dan Sifat-sifatnya

BAB 7:    Mengenal Perutusan Nabi Dan Yang Berkaitan Dengannya

BAB 8:    Kalimah Syahadah dan Penerangannya

BAB 9:    Mengenal Para Malaikat

BAB 10:   Mengenal Kitab-kitab Allah

BAB 11:   Semulia-mulia Makhluk dan Perihal Rasulullah r

BAB 12:   Kemaslahatan Yang Enam Serta Isu Riddah

BAB 13:    Perkara Samiyyat Dan  Alam Akhirat

Miliki Segera, KLIK SINI!